Wednesday, October 14, 2009

Isu Ekonomi Islam

Reformasi dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia

Beberapa idea untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan pemulihannya sepertimana yang dirumus oleh beberapa cendikiawan muslim. Antara lain mereka menegaskan bahawa dalam rangka mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat. Maka, langkah-langkah di bawah perlu diambil oleh kerajaan :
1.Mengurangkan beban cukai
-Menyemak semula sistem percukaian negara secara keseluruhannya, dengan tujuan untuk memperkukuhkan hasil kerajaan sambil mengurangkan beban cukai terhadap rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
2.Menghapuskan kemiskinan mutlak
-Membaiki dasar serta rancangan pembasmian kemiskinan supaya dibebaskan daripada campurtangan politik dan benar-benar membantu golongan termiskin.
3.Membantu peniaga kecil dan penjaja
-Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang selesa, bersih dan menarik bagi penjaja.
4.Memulihkan perkhidmatan pengangkutan awam
-Membaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kadar tambang pada keseluruhannya supaya sesuai dengan taraf hidup rakyat.
5. Mencapai Pertumbuhan Dinamik dan Adil
Supaya ekonomi kita lebih dinamis dan untuk meningkatkan daya saing kita di pasaran global, kita perlu juga pertingkatkan permintaan domestik serta pelaburan domestik yang produktif, bukan membazir. Oleh itu kerajaan perlu:
-Mengkaji semula rangka pengawasan yang sedia ada, dengan tujuan mengatasi kekurangannya;
-Memastikan sektor swasta berteraskan etika pengurusan korporat, sedangkan sektor perbankan dan kewangan tidak disalahgunakan dan senantiasa diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.
6. Memantapkan perindustrian
-Meningkatkan dan mempercekapkan peruntukan kewangan serta perangsang lain untuk penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi.
7.Mengukuhkan pertanian dan perikanan kecil dan sederhana
-Mempertingkatkan penyelidikan pertanian, khususnya teknologi tinggi, makanan serta kegunaan industri hasil tanaman di Malaysia;
-Membangunkan lebih banyak tanah terbiar untuk meningkatkan pembangunan pertanian.
8.Teknologi dan ekonomi maklumat untuk semua
-Mempercepatkan penyambungan infrastruktur telekomunikasi ke seluruh pelusuk negara dan mengurangkan kos penggunaannya bagi rakyat jelata.
-Mengembangkan pendidikan teknologi maklumat (IT) di semua sekolah dari sekolah rendah;
-Merancang semula pengenalan teknologi maklumat (IT) kepada masyarakat umum dengan lebih berkesan.
9.Utamakan perusahaan kecil dan sederhana
-Menubuhkan dana pelaburan yang dijamin oleh kerajaan untuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang diperuntukkan mengikut prestasi, bukan pilih kasih politik.
10.Merombak rangka dasar penswastaan
-Menggantikan dasar penswastaan kini, yang mengandungi unsur udang di sebalik batu, dengan dasar penswastaan telus yang dapat memelihara kepentingan pengguna serta pekerja, dan menjamin hak rakyat. Oleh yang demikian, usaha perlu dibuat untuk memastikan bahawa butir-butir semua kontrak penswastaan diumumkan kepada orang ramai.

Isu Akidah Islam

Ajaran Sesat & Penyelewengan Akidah

Ajaran sesat boleh didefinisikan dengan apa jua ajaran yang lari dari kebenaran Islam. Sesuatu perkara dianggap sebagai kebenaran apabila ia timbul dari sumbernya yang diiktiraf oleh Islam, iaitu al Quran dan Sunnah. Allah taala berfirman yang bermaksud;
“Dan sesiapa yang bermaksiat terhadap Allah dan RasulNya maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab: 36)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan agama kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-adakan) itu tertolak” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ajaran sesat yang berleluasa pula di hari ini sebenarnya ialah ideologi-ideologi manusia yang meresap ke pemikiran umat Islam masa kini yang mengakibatkan kekaburan terhadap tasawur Islam dan pengenalannya. Begitu juga dengan teori-teori ilmiah yang meresap ke pelbagai disiplin ilmu melalui kajian akademik yang kemudiannya dianuti oleh umat Islam tanpa disedari. Contoh yang jelas ialah sekularisme, materialisme, liberalisme dan gerakan yang memperjuangkan kebebasan mutlak wanita.


Penyelewengan akidah yang lebih bahaya dan berleluasa di dalam masyarakat hari ini ialah terletak kepada pelanggaran dan peninggalan tuntutan dan konsep dua kalimah syahadah yang merupakan batas pemisah antara iman dan kufur yang boleh merosakkan akidah seseorang. Hakikat bahawa dua kalimah syahadah mempunyai tuntutan yang perlu dipenuhi adalah satu perkara yang tidak diketahui umum. Oleh itu pelanggarannya selalu tidak disedari apatah lagi ia selalu berlaku secara tidak langsung. Persoalan akidah sebenarnya adalah persoalan prinsip dan penting. Oleh itu penyelewengan akidah dalam bentuk apa pun, langsung atau tidak langsung, adalah bahaya kerana ia menentukan kejayaan di akhirat kelak.

Konsep Blog Saya

Alhamdulillah, ucapan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan blog saya ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Konsep blog saya ini ialah mengenai isu-isu semasa yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian, sebagai ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada semua. Blog saya mengandungi pelbagai isu dan maklumat di antaranya ialah isu mengenai akidah Islam, isu mengenai pendidikan anak-anak, isu ekonomi Islam, isu negara Islam, isu penghayatan Islam, isu pembinaan keluarga Islam, isu politik Islam, isu undang-undang Islam, isu ilmu-ilmu Islam dan isu penuntut Islam di IPT.

Isu akidah Islam adalah berkaitan dengan ajaran sesat dan penyelewengan akidah yang kian berleluasa pada masa kini. Isu mengenai pendidikan anak-anak pula, adalah mengenai memberi pendidikan yang sempurna dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Isu ekonomi Islam adalah berkaitan dengan zakat saham yang perlu dikeluarkan samada oleh pemegang saham itu sendiri atau syarikat. Isu negara Islam pula mengenai Malaysia yang dipandang sebagai negara sekular. Apa yang kita lihat Malaysia masih lagi negara umat Islam kerana para pemimpin sentiasa berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam. Isu penghayatan Islam memperkatakan bahawa sifat sabar dapat membentuk akhlak dan peribadi yang tinggi dan mulia. Isu pembinaan keluarga Islam berkaitan dengan konsep rumahku syurgaku di mana ia merupakan satu wawasan Islam yang berteraskan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Isu politik Islam adalah mengenai wanita Islam sebagai calon pilihan raya. Isu ini membahaskan adakah wanita boleh menjadi calon pilihan raya atau tidak. Isu undang-undang Islam berkaitan dengan hak hadanah iaitu hak penjagaan anak apabila berlaku perceraian. Isu ilmu-ilmu Islam memperlihatkan Siti Zubaidah adalah sebagai tokoh pembangunan. Isu yang terakhir ialah penuntut Islam di IPT iaitu mengenai budaya berpasangan di IPT. Sebagai pelajar IPT kita seharusnya memikirkan masa depan supaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Akhirnya, jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani kerana telah memberi tunjuk ajar, ilmu pengetahuan dan memberi sokongan kepada kami untuk terus mencari ilmu dan bahan-bahan yang berkaitan dengan dakwah kepada umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia supaya umat Islam hidup dalam kesejahteraan dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Akhir ucapan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi memberi komen, pandangan dan cadangan mengenai isu-isu yang saya kemukakan di dalam blog agar saya dapat memperbaiki segala kelemahan dan dapat mengemaskini blog dari masa ke masa. Sekian terima kasih.
Wallahu’alam...

Saturday, October 10, 2009

Isu Undang-Undang Islam

Hak hadanah

Prinsip umum pertama ialah jika pasangan itu bercerai atau perkahwinan itu terbatal, maka hak hadanah adalah pada ibu. Mengapa? Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya itu kerana bukankah dia yang mengandungkan dan melahirkan anaknya itu? Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak.

Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud].Maka hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz dan berterusan hinggalah ada alasan bagi menarik semula hak itu atau sehingga anak itu mampu memilih sama ada untuk memilih ibu atau bapa.

Prinsip kedua selain hak kepada ibu ialah kebajikan anak. Jika diberi hak hadanah kepada ibu tetapi tidak mampu untuk menjaga kebajikan anak yang lain maka matlamat hadanah tidak tercapai. Dalam hal ini ramai ulama’ dan ahli akademik serta para hakim syarie melihat daripada aspek maslahah dalam menentukannya. Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.


Hak penjagaan hilang
Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa hak penjagaan itu boleh hilang sekiranya mahkamah mendapati ibu itu tidak layak menjaganya atas alasan-alasan yang tertentu. Namun apa yang jelas, mahkamah dalam menentukan soal ini akan melihat kepada kebajikan anak itu yang perlu lebih diutamakan, Meskipun ibu paling layak, namun jika ia boleh membawa kemudaratan dan menjejaskan kebajikan anak, maka hak tersebut boleh hilang. Seksyen 84 menyatakan:“Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang-
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.”
Oleh itu, sekiranya telah sampai tempoh tersebut, mahkamah boleh memutuskan hak penjagaan itu bertukar kepada bapa tetapi perlulah dibuat satu permohonan kepada mahkamah. Maka mahkamah akan membenarkan anak tersebut untuk melakukan “khiyar” iaitu pemilihan. Anak yang sudah sampai tempoh mumayyiz itu akan diberi hak untuk memilih samaada bapa atau ibunya. Seksyen 85 ada menyatakan:“Setelah tamatnya hak hadanah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya”
Sumber: //syariahlawinmalaysia.lefora.com

Isu Politik Islam

Wanita Islam sebagai calon pilihan raya?
Penulisan mengenai penglibatan wanita Islam dalam dunia politik telah menjadi perbahasan oleh banyak pihak. Namun terkadang masih meninggalkan pelbagai persoalan sehinggakan persoalan pokok itu sendiri masih tidak terjawab. Di samping terkadang wanita itu sendiri telah meletakkan dirinya dalam keadaan seadanya sedangkan setiap diri kita mempunyai pelbagai potensi, bakat, kebolehan, kemahiran, kepakaran yang boleh dibangunkan termasuk sebagai ahli politik yang berkaliber.

Sesungguhnya Islam telah mengakui hak-hak wanita dalam bentuk hak-hak diri (perseorangan) yang sempurna dan hak-hak ketamadunan yang sempurna; demikian juga hak-hak berpolitik yang sempurna. Penglibatan wanita Islam sebagai calon pilihan raya atau wakil rakyat di parlimen adalah menepati asas maslahah ammah (ummah). Sebabnya, melalui kedudukan itu mereka dapat mewakili wanita Islam untuk mengemukakan pandangan-pandangan bernas bagi mempertahankan Islam dan menghindarkan urusan kewanitaan dimonopoli oleh wanita sekular yang prejudis terhadap Islam.

Ini apabila telah disebutkan sebaik-baik secantik-cantik perhiasan ialah wanita yang solehah. Jadi bayangkan sahaja wanita yang soleh itu mampu menjadi wakil dan berkhidmat untuk rakyat. Yang penting wanita itu menjaga batas-batas syariat dengan berpakaian sopan (menutup aurat), mendapat keizinan suami atau wali, tidak bertabarruj, serius dalam bicara, bermusafir dengan mahram dan sebagainya. Zaman telah berubah, akibat Islam amat menekankan soal pendidikan dengan kalangan wanita tidak sahaja diajarkan soal menganyam atau menenun hatta sehingga kepelbagaian bidang ilmu dan profesionalisme maka lahirlah wanita-wanita yang perkasa ilmunya. Lantaran kerana tingginya ilmu, mereka mampu menguruskan emosi dan perasaan kecuali mahukan yang terbaik untuk dinikmati untuk rakyat. Jika ada wanita Islam yang berkemampuan, mengapa tidak sahaja kebijaksanaan mereka ini kita gunakan.
Sumber : Buku wanita sebagai calon pilihan raya - Suatu perbahasan dari sudut siyasah syariyyah

Isu Pembinaan Keluarga Islam

Rumahku Syurgaku

Islam telah meletakkan asas yang sempurna supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa kerana kebahagiaan itu bermula dari rumah. Untuk menjadikan rumah itu sebagai syurga maka aktiviti-aktiviti berikut adalah menjadi asas utama di dalam pembentukan keluarga yang bahagia.

1) Menghidupkan sembahyang berjemaah bersama keluarga
Bagi membentuk keluarga yang bahagia dan menjadikan rumah sebagai syurga, maka sembahyang berjemaah sekeluarga mesti diadakan secara istiqamah, sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi keluarga yang sibuk, atau tiap-tiap hari bagi keluarga yang mempunyai kemampuan. Amalan ini mempunyai faedah yang besar serta dapat mendidik anak-anak menghayati Islam dengan sebenar, serta dapat membentuk akhlak yang baik. Ibu bapa sebagai pemegang amanah daripada Allah S.W.T. Untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak mereka ke jalan yang benar, adalah berkewajipan untuk mendidik anak-anak mereka tentang pelaksanaan tanggungjawab ibadat sejak mereka masih kecil lagi.

2) Membaca al-Quran bersama di rumah
Membaca al-Quran adalah satu ibadat yang amat penting dan utama dalam kehidupan orang Islam, maka perlulah diikhtiarkan cara yang berkesan supaya amalan ini dapat dihayati dalam kehidupan harian. Dalam program secara bersama dalam keluarga hendaklah menjadi amalan harian atau sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Al-Quran mengandungi 604 halaman, jika dalam masa seminggu dibaca dua halaman, maka dalam tempoh satu tahun hampir separuh dari al-Quran dapat dihabiskan. Amalan ini hendaklah diteruskan sepanjang hayat.

3) Membaca buku agama di rumah bersama keluarga
Satu lagi amalan dalam rumahtangga yang bahagia ialah mengumpulkan keluarga sekurang-kurangnya satu kali dalam seminggu untuk membaca buku agama. Buku agama ini boleh dipilih dari buku-buku yang terkenal dalam berbagai bidang seperti sejarah Islam, sejarah ulama’ dan pemikiran Islam, asas-asas fardhu ain, ilmu tauhid, akhlak dan lain-lain. Dengan cara membaca buku agama, secara tidak langsung boleh menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli keluarga. Melalui amalan membaca buku di rumah ini juga dapat melatih ahli keluarga khususnya anak-anak yang dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

4) Makan bersama sekeluarga
Keluarga bahagia ialah keluarga yang dapat mewujudkan tradisi makan bersama-sama sekurang-kurangnya sekali seminggu iaitu pada cuti hujung minggu. Malam adalah waktu yang agak sesuai untuk menghadapi makanan secara bersama keluarga kerana semua ahli keluarga di waktu itu telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing di dalam bidang pekerjaan dan pelajaran. Makan bersama keluarga boleh mengeratkan lagi rasa kasih sayang antara anggota keluarga.

5) Memberi salam semasa masuk atau meninggalkan rumah
Keluarga bahagia pulang ke rumah dengan keadaan gembira. Apabila samapai ke pintu rumah mereka akan menyampaikan salam dan anggota di dalamnya menjawab salam tersebut dengan jelas. Demikianlah juga apabila mereka meninggalkan rumah untuk pergi bekerja atau ke sekolah. Amalan ini wajar dihayati sebagai amalan harian kerana ia boleh membuatkan hubungan di kalangan semua anggota keluarga terus mesra dan kukuh.
Secara kesimpulannya, 'Rumahku Syurgaku' adalah satu wawasan Islam yang berteraskan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rumahtangga sebagai satu komponen utama dalam pembentukan sesebuah masyarakat mesti disempurnakan melalui piawai yang sesuai dengan ajaran Islam dan keperluan rohani dan jasmani manusia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, October 9, 2009

Isu Negara Islam

MALAYSIA NEGARA SEKULAR ?
Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat.
Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut;

· Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini.
· Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.
· Agama dan dunia terpisah secara total.

Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian suruhan Islam.
Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah. Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan jika ada.
Oleh yang demikian, Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana ia menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isu Pendidikan Anak-Anak

Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Yang Sempurna

Setiap ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh. Ibu bapa perlu menjaga diri anak-anak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya samada dari segi pemikiran dan fizikal. Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka. Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik anak-anak. Antaranya ialah:

1) Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan. Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang dua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam. Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keadaan fitrah putih bersih, ibubapalah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk identiti agamanya.

2) Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara sembahyang sejak kecil lagi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka tempat tidur.”

3) Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak. Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca buku dan cintakan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang bermanfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Pada zaman sekarang, ilmu-ilmu multimedia, sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

4) Mengajar Al-Quran
Rasulullah s.a.w. sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajar al-Quran kepada anak-anak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani yang bermaksud: “ Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan Nabi kamu, cintakan keluarga Nabi kamu dan mengajar al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh ‘arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama para Nabi dan pembantunya.”

5) Mendidik mengenali dan mencintai kejadian alam
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian alam ini serta mengambil iktibar daripadanya. Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

6) Mendidik dengan akhlak yang mulia
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur, ikhlas, menghormati orang tua, menunaikan janji, bercakap benar, beradab ketika makan dan minum, memilih makanan yang halal, suka kepada perbuatan kebajikan dan makruf, sentiasa mencari kebenaran dan keadilan, benci sifat keji, kezaliman dan kerosakan harta benda. Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu. Selain dari itu, ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

7) Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat. Pepatah Arab ada menyebutkan: “Akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat.”

Thursday, October 8, 2009

Isu Penuntut Islam Di IPT

Wajarkah Budaya berpasangan di IPT?

Secara realitinya, mempunyai pasangan di kampus seolah-olah sudah menjadi budaya yang berleluasa. Sedangkan niat sebenar ke kampus adalah untuk menuntut ilmu, tapi ramai yang mengambil kesempatan untuk mencari cinta. Kononnya inilah masa terbaik untuk mencari calon pasangan hidup. Kenapa perlu bercinta? Mereka memberi alasan iaitu :

- Memenuhi tuntutan fitrah : Walaupun mengelak untuk bercinta, kamu tidak dapat lari kerana perasaan cinta dan mencintai ini sudah menjadi satu fitrah dalam diri manusia. Sudah ditakdirkan ada insan yang akan mencintai diri kita. Dari sudut psikologi pula, cinta adalah sebahagian daripada emosi yang tidak boleh dihindari tetapi boleh dikawal dengan mengikuti tips kasih sayang mengikut perspektif Islam.
- Memerlukan perhatian : Semua insan memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi kamu yang jauh daripada keluarga. Mendapat perhatian daripada orang tersayang merupakan satu bonus kerana kamu akan rasa lebih dihargai dan disayangi sekaligus membantu emosi kamu menjadi lebih baik.
- Bertemu dengan insan yang sesuai : Memasuki dunia kampus kamu mengenali ramai orang. Pelbagai kerenah dan ragam. Perkenalan dengan ramai teman, bakal menemukan kita dengan seseorang yang memenuhi citarasa dan impian kita.

Fenomena berpasangan di IPT semasa belajar tentunya mengundang pro dan kontra. Bagi pelajar yang bercinta, tentu mereka mengatakan ia tidak mempunyai kesan negatif dan dianggap sebahagian daripada kehidupan di kampus. Kontranya ialah ada pihak yang melihat kehidupan pelajar dari sudut yang ideal. Mereka dilihat sebagai generasi muda yang akan mewarisi dan meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara. Jadi, pelajar dilihat sebagai pihak yang harus menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran semata-mata. Bercinta pula dianggap perkara remeh yang boleh mengganggu tumpuan pelajar. Namun begitu, ramai pelajar yang berpasangan masih menjaga batas-batas pergaulan mereka dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran masing-masing. Apa yang penting pasangan harus bijak membawa diri dan mengawal nafsu masing-masing dengan menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup. Ibubapa juga perlu memainkan peranan agar sentiasa mengingatkan anak-anak mereka hidup dengan berpandukan kepada nilai-nilai agama. Oleh yang demikian kita sebagai pelajar harus memikirkan dan merancang mana yang terbaik buat diri kita agar mendapat kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

Isu Ekonomi Islam

Zakat Saham

Secara umumnya saham adalah merupakan kaedah yang diharuskan oleh syarak. Oleh itu apa jua pendapatan yang diperolehi hasil daripada saham termasuk dalam harta yang diwajibkan membayar zakat apabila telah memenuhi syarat-syaratnya. Walaubagaimanapun apabila sesebuah syarikat itu telah mengeluarkan zakatnya, pemegang saham tidak lagi perlu mengeluarkan zakat. Ini adalah kerana zakat tidak dikenakan dua kali. Sebaliknya kalau syarikat tidak membayarnya, maka adalah menjadi kewajipan kepada setiap pemegang saham membayar zakat.

Syarat-syarat bergantung kepada pelaksanaan yang dilakukan oleh seseorang itu atau niatnya. Pada asasnya syarat wajib zakat saham sama seperti zakat simpanan. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh bentuk pulangan saham yang berbeza iaitu:

1) Kenaikan modal- Harga saham dijual pada kadar yang lebih tinggi daripada harga belian.
2)Dividen keuntungan yang oleh syarikat kepada pemegang-pemegang samada sekali atau dua kali setahun saham
3)Saham Bonus- Saham yang diberikan secara percuma hasil dari keuntungan syarikat pada masa lalu yang belum diagihkan kepada pemegang saham.

Berasaskan keadaan pulangan yang berbeza maka kaedah pengiraan zakat saham juga berbeza. Terdapat 3 cara pengiraan bagi zakat saham:

1)Memiliki atau membeli saham bagi tujuan pelaburan dalam sesebuah syarikat. Ini bererti motif atau niat pembelian saham itu adalah untuk tempoh jangka panjang dan bukan untuk keuntungan jangka pendek. Maka zakatnya adalah berasaskan zakat perniagaan, sekiranya jumlah saham yang dimiliki itu dapat mempengaruhi syarikat bagi membayar zakat perniagaannya. Zakatnya ialah 2.5% dan dinilai mengikut harga pasaran pada hari zakat itu wajib dikeluarkan iaitu sama seperti penilaian barang perniagaan.
2)Membeli saham dengan niat untuk menyimpan dan menunggu kenaikan kadar harga saham. Zakat bagi golongan ini adalah sama seperti zakat simpanan iaitu dengan mengambil kira nilai harga yang terendah dalam tempoh haul zakat.
3)Zakat dikira berasaskan zakat pendapatan apabila seseorang yang menjual dan membeli saham itu bertujuan meraih keuntungan jangka pendek. Pengiraan zakat diambil dari keuntungan bersih saham, dividen dan dikira bersama zakat pendapatan. Dari jumlah ini dikeluarkan zakatnya 2.5%

Secara kesimpulannya dengan adanya zakat saham ini maka dapat mencapai kesejahteraan ekonomi bagi individu, masyarakat dan negara, kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan, penggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan, berjimat dan tidak membazir, menjamin kebebasan individu, kesaksamaan hak dan peluang, kerjasama dan keadilan, dan keperluan asas yang mencukupi.

Isu Penghayatan Islam

Sabar Dapat Membentuk Akhlak & Peribadi Yang Tinggi

Sifat sabar telah disarankan oleh syariat dengan tujuan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berperibadi yang tinggi. Dengan itu, setiap muslim dan muslimah sentiasa berdoa untuk mendapat hidayah bagi melatih diri untuk mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

Menurut syariat Islam orang yang gagah perkasa bukanlah orang yang mempunyai kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalah setiap lawannya. Sebenarnya, orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya daripada kemarahan dan bertindak dengan penuh pertimbangan dan kesabaran serta mampu menimbangkan nafsu ketika marah sabda Rasulullah s.a.w:
“ Bukanlah kekuatan itu ketika menang dalam pertarungan. Sesungguhnya kekuatan yang sebenar dapat mengawal diri daripada tindakan marah yang melampaui batas”.

Berdasarkan hadis di atas dapat difahamkan bahawa iman yang teguh dapat membuahkan sifat sabar dan ketetapan hati yang membawa seseorang itu kepada kemenangan. Sifat sabar ini sangat tinggi nilainya. Harga diri manusia tidak sahaja ditinjau dari sudut akidah dan keimanan tetapi juga dari sudut kemurniaan budi pekerti seseorang yang berlandaskan kesabaran. Sabar adalah penyuluh dan simbol yang dapat menyelamatkan peribadi dan jiwa seseorang daripada kebinasaan dan kehancuran.

Oleh yang demikian, apabila kehidupan seseorang mempunyai akhlak yang mengutamakan latarbelakang kehidupannya dengan sabar, maka ia menggambarkan perwatakannya baik dalam semua situasi kehidupan yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Ia juga menampakkan jiwa yang tenang, tidak mudah melatah atau gelisah apabila ditimpa musibah. Itulah hikmah sabar, mengapa ia perlu diasuh dan diterap dalam setiap jiwa anak-anak sejak ia dilahirkan? Ringkas kata, bolehlah disimpulkan dengan maksudnya, orang penyabar tidak akan menjadi hangus oleh api yang sedang menjulang tinggi bahkan api akan terpadam dengan sendiri apabila ia berdepan dengan orang bersifat sabar. Itulah makna yang terkandung dalam kalimah sabar yang wajib ditanam dalam setiap jiwa insan yang beriman.


Isu Ilmu-Ilmu Islam

Siti Zubaidah Tokoh Pembangunan

Beliau seorang srikandi Islam yang cukup terkenal dari dulu sehingga kini. Beliau juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup penting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Isalm, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji. Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting masa itu.

Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana beliau isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara. Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu. Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan petkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.

Bijak menguruskan rumah tangga

Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu, beliau juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya. Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian daripada darah dagingnya. Dia juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.

Selain itu beliau juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu beliau sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.

Beliau juga sedar bahawa tugas sebagai pemimpin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumah tangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumah tangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan. Beliau sedar sebagai isteri Khalifah, beliau perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membatasi diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan beliau tidak termakan dengan pujukan syaitan. Beliau beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari.
Pencetus Idea Pembangunan

Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah. Melihat keadaan itu, beliau mengarahkan semua arkitek dan pekerja terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.

Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar. Ia masih boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina. Selain itu beliau juga memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai yang datang ke mekah berehat.

Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana beliau yang bertanggungjawab membinanya. Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan. Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan.

Sunday, September 6, 2009

Isu Akidah Islam

HIBURAN LUAR: ANCAM JATI DIRI REMAJA?
Menyentuh isu remaja banyak perkara yang boleh diutarakan. Topik ini sering menjadi pilihan kerana merekalah yang bakal menjadi pelapis negara. Segala tingkah laku menjadi perhatian. Antara yang menarik perhatian ialah hiburan di kalangan remaja. Remaja dan hiburan amat berkait rapat. Tidak 'lengkap rasanya aktiviti di luar jika tiada hiburan. Pengaruhnya kuat sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan masa sehari suntuk di pusat hiburan. Ada juga yang tidak kisah untuk berdiri berjam-jam lamanya demi menyaksikan konsert artis pujaan.
Senario ini semakin mendapat perhatian, banyak pandangan dan pendapat yang dikeluarkan di akhbar-akhbar utama membincangkan kesan hiburan ini kepada jati diri remaja. Adakah jati diri seorang remaja Melayu terhakis disebabkan oleh pengaruh hiburan yang melampau?
Dalam Islam, tidak salah untk berhibur kerana Islam sendiri tidak pernah menolak kehadiran unsur hiburan dalam masyarakat. Malahan, pada zaman nabi wujud unsur-unsur hiburan dalam majlis keramaian atau perkahwinan. Bezanya, pada waktu itu, unsur hiburan mempunyai batasan dan sempadan. Baginda Rasulullah SAW sendiri bertindak sebagai lembaga penapisan dan penilaian seni agar unsur hiburan itu tidak seleweng daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Hiburan luar di kalangan remaja adalah satu kegiatan semata-mata untuk berhibur, berseronok atau bergembira di luar pengaruh atau kawalan ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa mungkin memberikan keizinan untuk mereka melakukan kegiatan di luar, tetapi ia dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan tanpa kawalan oleh mereka yang bertanggungjawab.
Hiburan yang mengancam jati diri remaja ialah kesemua hiburan yang bercanggah dengan agama. Hiburan yang melalaikan. Hiburan yang membenarkan perhubungan tanpa batasan dan tanpa kawalan. Ia menghilangkan sifat-sifat Melayu yang sepatutnya.
Remaja seharusnya tahu menghormati orang tua, bersopan-santun, berani, beradab, lemah lembut dan tahu asal-usulnya. Seluruh kehidupannya berpaksi kepada ajaran Islam.
Melihatkan kepada apa yang berlaku kini walaupun tidak semua, tetapi ada yang telah kehilangan jati diri remaja yang sebenar. Banyak faktor yang membentuk suasana ini. Tetapi antara puncanya ialah hiburan yang melampau, tiada batasan dan sekatan.
PUNCA PENGARUH HIBURAN
Tingkah laku remaja ini didorong oleh beberapa sebab. Antaranya ialah kesunyian. Kesunyian mendorong remaja menghabiskan masa di luar rumah. Ini berlaku kepada keluarga yang mempunyai ibu bapa yang terlalu menumpukan perhatian kepada pekerjaan sehingga mengabaikan masa bersama anak-anak.
Ibu bapa yang tidak mempedulikan masa senggang bersama anak-anak kerana kesibukan kerja boleh mendorong anak mereka untuk menghabiskan masa di luar rumah. Apabila terlalu banyak menghabiskan masa di luar rumah tanpa kawalan, ia menjadi punca kepada kewujudan masalah sosial yang lain. Mereka akan terpengaruh dengan ajakan teman yang melakukan kegiatan tidak berfaedah. Terlampau mempercayai anak dan memberikan kemewahan berlebihan juga boleh menjadi penyebab kepada hiburan di luar kawalan di kalangan remaja.
KESAN HIBURAN MELAMPAU
Hiburan luar dalam apa kegiatan sekalipun ia akan memberikan kesan kepada tingkah laku, amalan atau tindak tanduk manusia. Remaja tidak terkecuali. Hiburan luar yang tidak terkawal, menyimpang daripada roh dan semangat Islam, misalnya hubungan bebas berlainan jantina akan membawa kepada permasalahan lain. Keseronokan tanpa noktah memberi petanda buruk kepada aspek lain seperti kecemerlangan akademik, rasa hormat kepada ibu bapa, malah ia membawa remaja ke dalam alam yang penuh kepura-puraan.

Saturday, September 5, 2009

KEBERKATAN KETIKA MAKAN
Sebenarnya tanpa kita sebut, sebahagian daripada lazim kita lakukan setiap hari, bahkan dua tiga kali dalam sehari. Contoh yang terbaik ialah makan. Iya, makan! Sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan malam; punya keberkatan dalam amalannya. Mari kita kaji beberapa amalan ketika makan yang memiliki keberkatan itu.
1) Menyukat Kadar Makanan
Apabila ke pasar, jangan membeli sesuka hati. Apabila hendak memasak, jangan ambil ikan, daging atau sayur dari peti sejuk sesuka hati. Apabila hendak makan, jangan mencedok sesuka hati. Sebaliknya, hendaklah disukat pada kadar atau jumlah yang berpatutan. Semua ini bukan sahaja kerana menjaga ekonomi, kesihatan, kelangsingan pinggang dan berat badan, tetapi juga kerana ingin mengambil berkat daripadanya. Rasulullah SAW berpesan: " Sukatlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati." (Shahih al-Bukhari,no: 2128)
2) Berkumpul Apabila Makan
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): " Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah padanya (Bismillah), nescaya makanan kalian akan diberkati." [ Shahih Sunan Abu Daud, no 3764]. Oleh itu, makan bersama-sama, samada bersama ahli keluarga di rumah, rakan-rakan dalam bilik asrama, guru dan pensyarah di kafeteria kolej atau sahabat handai di restoran. Elakkan daripada makan bersendirian pada waktu yang berasingan kerana ia tidak diberkati.
3) Makan Dari Tepi Pinggan
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam kitab Sunannya, no: 1805, Rasulullah SAW bersabda: " Keberkatan turun di bahagian tengah makanan, maka makanlah dari tepinya dan jangan dari tengahnya."
Apabila kita makan di pinggan, mulakan dari tepi, jangan di tengah. Apabila kita mencedok lauk, cedok yang tepi, bukan tengah. Jangan diusik yang tengah agar keberkatan dapat sentiasa turun dan mengalir kepada yang di tepi dan sekelilingnya. Apabila yang di tepi atau sekeliling pinggan sudah habis, barulah diambil yang tengah. Demikian adab makan yang bukan sahaja diberkati tetapi juga memiliki nilai etika yang mulia.
4) Melicinkan Pinggan
Bercakap tentang etika mulia ketika makan, ada yang memandang perbuatan melicinkan pinggan dan menjilat jari sesudah makan sebagai etika kurang baik. Di sini terdapat satu perkara penting yang perlu dibezakan, iaitu etika mulia atau buruk tidak ditentukan mengikut ukuran manusia, tetapi berdasarkan ukuran Islam. Merujuk kepada perbuatan melicinkan pinggan sesudah makan, ia adalah perbuatan yang diberkati Allah SWT kerana Rasulullah SAW telah menyuruh untuk melakukannya dengan alasan: ".......kerana kalian tidak tahu makanan di bahagian mana yang diberkati." [Shahih Muslim, no: 2033]
Justeru, sekali pun kita mula makan diri yang tepi dan berakhir dengan yang tengah, akan tetap ada makanan yang tersisa di sana-sini. Hendaklah dilicinkan yang tersia tersebut. Di sini tidak timbul persoalan " sudah kenyang" atau " tak larat nak habiskan semua" kerana sejak awal kita telah menyukat kadar makanan yang diletak di atas pinggan.
5) Menjilat Jari
Keberkatan bukan sahaja dengan melicinkan pinggan tetapi juga dengan menjilat jari. Termasuk dalam keberkatan ini ialah menjilat apa saja alat yang digunakan untuk makan seperti sudu, garpu, pisau dan sepit makan. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu bahagian jari manakah keberkatan itu berada." [Shahih Muslim, no: 2035]
Demikian lima amalan sebelum, semasa dan selepas makan yang boleh diambil berkat darinya. Jangan lupa untuk menyukat kadar makanan yang diambil, duduk makan bersama-sama, mendahului dengan bacaan Bismillah, bermula dengan yang tepi, berakhir dengan yang tengah, licinkan pinggan dan jilatlah jari.

Friday, September 4, 2009

Doa-Doa Pilihan











Isu Pendidikan Anak

Didik Anak Cara Lukman Al-Hakim

Anak merupakan amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa. Justeru itu, segala yang bersangkut-paut dengan kehidupan anak-anak, sama ada akidah, perangai, pendidikan, kesejahteraan, sahsiah dan segala keperluan hidup mereka wajib diberi perhatian dan ditunaikan dengan sebaik-baiknya.

Dalam al-Quran, terdapat banyak nasihat seperti kisah Lukman Al-Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Ia sangat baik untuk dijadikan panduan bagi semua umat Islam dalam mendidik anak-anak. Antara nasihatnya:

1) Wajib menyembah Allah dan tidak melakukan syirik. Firman Allah yang bermaksud ; " Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." ( Surah Lukman: 13)

Penerapan nilai-nilai tauhid ke dalam jiwa anak merupakan asas akidah Islam yang amat penting. Dan sudah semestinya kita berpegang kepada akidah yang betul agar sentiasa berada dalam keredaan-Nya. Selain itu ia juga mampu membersihkan jiwa kita daripada mengikut hawa nafsu, sentiasa beristiqamah serta mengukuhkan iman apabila menempuh cabaran hidup di dunia.

2) Wajib berbuat baik terhadap kedua ibu dan bapa. Firman Allah yang bermaksud, "....hendaklah engkau baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekali pun perkataan ' ah!' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun."

3) Sentiasa mengingatkan anaknya, bahawa segala perbuatan baik atau jahat akan mendapat balasan daripada Allah. Sebagaimana maksud ayat ini;
"....sesungguhnya jika ada sesuatu perkara yang baik atau yang buruk, sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah untuk dihakimi dan dibalasnya, kerana sesungguhnya Allah maha halus pengetahuannya lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi." ( Surah Lukman: 16)

Dalam mendidik anak agar berbuat baik, hendaklah ditekankan supaya dilakukan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Bukan menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan pujian, ganjaran dan sebagainya.

4) Kewajipan mendirikan sembahyang kerana dalam sembahyang terhimpun segala-galanya seperti akidah, syariat dan akhlak. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." ( Surah Al-Ankabut; 45)

5) Jangan bersikap sombong dan membangga diri. Sungguhnya tiada apa yang perlu dibanggakan dalam kehidupan ini kerana kehidupan di dunia ini tidak akan kekal abadi. Antara tanda-tanda sifat sombong itu ialah apabila merasa bangga dengan kelebihan diri, tidak mengindahkan nasihat dan membantah teguran orang lain walaupun dirinya bersalah.

Ibu bapa hendaklah sedar bahawa diri mereka adalah contoh teladan kepada anak-anak. Jika buruk kelakuan dan akhlak ibu bapa, maka buruklah kelakuan dan akhlak anak-anak. Setelah berazam dan berusaha melakukan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah ini, maka barulah ibu bapa boleh berserah dan bertawakal kepada Allah.

Tidak dinafikan, peredaran masa kini menyaksikan situasi di sekeliling menjadikan anak-anak mudah bertukar keperibadian. Anak-anak yang sejak awalnya merupakan anak yang baik tingkah lakunya, bijak dalam akademik serta mempunyai latar belakang keluarga yang baik, akhirnya bertukar menjadi liar, enggan mendengar nasihat dan begitu cenderung kepada perkara-perkara negatif.

Perkara ini sudah tentu menjadi cabaran besar dan memberi tekanan yang bukan sedikit kepada para ibu bapa. Bagi mereka yang iman tidak begitu kukuh dan ditambah pula tidak mendapat sokongan daripada pasangan masing-masing menjadi semakin ramai ibu bapa yang menghadapi tekanan emosi.

Monday, August 31, 2009

BERSIKAP POSITIF APABILA DIUJI....

Apabila diuji, kita barangkali akan ditimpa dua situasi sama ada tambah bersemangat atau jatuh semangat. Syabas kepada yang mengambil kritikan secara positif. Dengan kata lain, kita berfikiran positif. Ini adalah sesuatu yang sangat digalakkan Islam.
Rasulullah SAw sendiri amat menyayangi umatnya yang berfikiran positif kerana itu merupakan ciri-ciri mukmin sejati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya." (Riwayat Ahmad & Abu Daud)
Perkara baik dan buruk yang menimpa manusia adalah suatu yang lumrah. Ini kerana perjalanan manusia di muka bumi tidaklah tetap dan sentiasa berubah. Namun bagi yang mengaku dirinya beriman, semua itu bukanlah sesuatu yang harus dikesali.
Allah berfirman yang bermaksud, " Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka akan berkata, " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali." Mereka ini adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al-Baqarah: 155-157)

Sunday, August 30, 2009




Saturday, August 29, 2009

Yang Haram, Yang Halal...

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya. (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Harta yang berkat adalah harta yang halal dan baik kerana sesuatu yang diambil daripada sumber yang tidak halal dan tidak baik, tidak mungkin mampu mendorong kita untuk melakukan kebaikan, sama ada kepada diri sendiri atau orang lain.

Begitu juga dalam aspek makanan, setiap daging yang dihasilkan dari sesuatu yang haram, maka nerakalah tempatnya. Pengertian halal ini mencakupi aspek-aspek:

1) Halal wujudnya, iaitu apa-apa saja yang tidak dilarang oleh agama Islam, seperti makanan dan minuman yang tidak diharamkan oleh syariat Islam.

2) Halal cara mengambil atau memperolehnya, iaitu cara mengambil atau cara memperoleh yang tidak dilarang oleh syariat Islam seperti harta yang diperoleh dari pekerjaan yang halal menurut pandangan syariat Islam.

3) Halal kerana tidak bercampur dengan hak milik orang lain, kerana sudah dikeluarkan zakatnya.

Yang pasti, makanan yang kita ambil juga akan membentuk diri kita. Oleh itu, eloklah kita beringat-ingat ketika makan apa-apa sahaja.

Friday, August 21, 2009

EMPAT HAL

Empat hal yang boleh mendatangkan rezeki :
1. Bangun malam untuk solat.
2. Banyak istighfar menjelang fajar.
3. Biasakan memberi.
4. Biasakan diri berzikir.

Empat hal yang mencegah datangnya rezeki :
1. Tidur pada waktu pagi.
2. Jarang solat.
3. Malas.
4. Suka berkhianat.

Empat hal yang membuat wajah semakin segar :
1. Mejaga harga diri.
2. Menepati janji.
3. Pemurah.
4. Taqwa.

Empat hal yang menghilangkan keriangan wajah :
1. Berbohong.
2. Tidak tahu malu.
3. Terlalu sering bertanya perkara yang tidak perlu.
4. Sering melakukan maksiat.

Empat hal yang membuat badan menjadi kuat :
1. Memakai pakaian yang lembut.
2. Mandi dengan air hangat.
3. Makan makanan yang manis & berlemak.
4. Mencium wangi-wangian.
Empat hal yang member kesenangan dalam hati :
1. Melihat yang hijau-hijau.
2. Melihat air mengalir.
3. Melihat kekasih.
4. Melihat buah-buahan.

Empat hal yang mendatangkan kemarahan dan kebencian :
1. Takabbur.
2. Dengki.
3. Suka mengadu.
4. Bohong.

Empat hal yang merosakkan tubuh :
1. Cemas.
2. Sedih berpanjangan.
3. Lapar.
4. Kurang tidur malam.

Empat hal yang menambah daya pemahaman :
1. Hati yang bersih.
2. Tidak menjejalkan makanan & minuman ke dalam tubuh secara berlebihan.
3. Mengatur makanan yang baik dengan menambahkan makanan yang manis dan berlemak.
4. Membuang semua endapan makanan yang memudharatkan badan.

Empat hal yang membahayakan pemahaman dan kemampuan berfikir :
1. Ketagihan makan masam & buah-buahan.
2. Tidur terlentang.
3. Resah.
4. Susah hati.


Empat hal yang membuat badan sakit :
1. Terlalu banyak bercakap.
2. Terlalu banyak tidur.
3. Terlalu banyak makan.
4. Terlalu banyak berjimak.

Plato berkata : “Lima hal yang dapat melemahkan tubuh bahkan boleh membunuhnya ;
1. Jatuh miskin.
2. Bepisah dengan orang yang dicintai.
3. Terlalu banyak minum yang masam-masam.
4. Menolak nasihat.
5. Berkumpul bersama-sama orang bodoh mentertawakan orang-orang pandai.”

Al-Harith berkata : “Sesiapa yang ingin awet muda, bukan tidak mati dia perlu menyegerakan makan siang, menyegerakan makan malam, menipiskan selimut, mengurangi berjimak dengan isteri.”

Wednesday, August 12, 2009


"PERKOSAAN VISUAL" !

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda

Saturday, August 1, 2009

Tanda-tanda Kecil Kiamat....

Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
Banyak berlaku gempa bumi.
Zaman sudah dekat mendekati.
Banyak fitnah memfitnah.
Banyak pembunuhan.
Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
Ramai orang bermegah dengan projek mega.
Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
Ramai orang solihin meninggal dunia.
Anak melawan ibubapa.
Hujan di musim kemarau.
Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
Setiap desa dikepalai orang munafik.
Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
Lahir ramai anak hasil perzinaan.
Banyak minuman keras.
Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
Para pembesar / penguasa melakukan zina.
Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
Orang alim sudah tidak disenangi.
Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
Banyak kematian secara mendadak.
Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Rasuah berleluasa.
Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
Ramai orang menjual-beli hukum.
Memandang ringan masalah perceraian.
Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.
· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.