Thursday, October 8, 2009

Isu Penuntut Islam Di IPT

Wajarkah Budaya berpasangan di IPT?

Secara realitinya, mempunyai pasangan di kampus seolah-olah sudah menjadi budaya yang berleluasa. Sedangkan niat sebenar ke kampus adalah untuk menuntut ilmu, tapi ramai yang mengambil kesempatan untuk mencari cinta. Kononnya inilah masa terbaik untuk mencari calon pasangan hidup. Kenapa perlu bercinta? Mereka memberi alasan iaitu :

- Memenuhi tuntutan fitrah : Walaupun mengelak untuk bercinta, kamu tidak dapat lari kerana perasaan cinta dan mencintai ini sudah menjadi satu fitrah dalam diri manusia. Sudah ditakdirkan ada insan yang akan mencintai diri kita. Dari sudut psikologi pula, cinta adalah sebahagian daripada emosi yang tidak boleh dihindari tetapi boleh dikawal dengan mengikuti tips kasih sayang mengikut perspektif Islam.
- Memerlukan perhatian : Semua insan memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi kamu yang jauh daripada keluarga. Mendapat perhatian daripada orang tersayang merupakan satu bonus kerana kamu akan rasa lebih dihargai dan disayangi sekaligus membantu emosi kamu menjadi lebih baik.
- Bertemu dengan insan yang sesuai : Memasuki dunia kampus kamu mengenali ramai orang. Pelbagai kerenah dan ragam. Perkenalan dengan ramai teman, bakal menemukan kita dengan seseorang yang memenuhi citarasa dan impian kita.

Fenomena berpasangan di IPT semasa belajar tentunya mengundang pro dan kontra. Bagi pelajar yang bercinta, tentu mereka mengatakan ia tidak mempunyai kesan negatif dan dianggap sebahagian daripada kehidupan di kampus. Kontranya ialah ada pihak yang melihat kehidupan pelajar dari sudut yang ideal. Mereka dilihat sebagai generasi muda yang akan mewarisi dan meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara. Jadi, pelajar dilihat sebagai pihak yang harus menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran semata-mata. Bercinta pula dianggap perkara remeh yang boleh mengganggu tumpuan pelajar. Namun begitu, ramai pelajar yang berpasangan masih menjaga batas-batas pergaulan mereka dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran masing-masing. Apa yang penting pasangan harus bijak membawa diri dan mengawal nafsu masing-masing dengan menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup. Ibubapa juga perlu memainkan peranan agar sentiasa mengingatkan anak-anak mereka hidup dengan berpandukan kepada nilai-nilai agama. Oleh yang demikian kita sebagai pelajar harus memikirkan dan merancang mana yang terbaik buat diri kita agar mendapat kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

2 comments:

Azlinda Mohd said...

Saya bersetuju dengan satu artikel yang ditulis dalam www.iluvislam.com mengenai couple..
ni sedikit petikan yang saya boleh ambil,

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."(al-Isra'-ayat 32)

Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram

BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

untuk menegetahui lebih lanjut bolehlah layari www.iluvislam.com dalam artikel bertajuk "couple itu haram???"

Wallahua'lam

pelarian. said...

emm. maybe ramai org kate 'couple' bleh rosakkan kehidupan kite mase stdy..however kalaw perbuatan mase kite couple such as couple atas dasar name,maybe ia xterlalu mengganggu life as a student. couple ats dasar name cthnye kite mencintai dengan care memberi smangat,memberi tunjuk ajar, membawa kejalan yg betol dan mengajak untuk berjaya. mungkin student zaman ini lebih cenderung utk ikot2 style Barat yg lebih kepada pergaulan bebas. yg tu kite maybe nampak bahawa couple banyak membawa buruk dari baik.